Pengenalan



DISKIPSI PERSEKITARAN, KEADAAN DAN PENGENALAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Serusup terletak di sebuah perkampungan di daerah Tuaran.Sebelum kita melihat lebih dekat Sk.Serusup kita perlu mengenali sejarah ringkas kampung Serusup yang menjadi persekitarannya juga sekali gus banyak mempengaruhi perkembangan sekolah ini sejak mula di buka hinggalah sekarang

Menurut salah seorang penduduk kampung ini nama serusup adalah dari sejenis pokok iaitu "pokok serusup" dalam bahasa bajau dimana pokok ini banyak terdapat di kampung itu suatu ketika dahulu.Pokok ini amat popular di kalangan penduduk kampung kerana buahnya boleh dimakan.

Bagi kanak-kanak pula buahnya ini digunakan sebagai mainan peluru pistol buluh yang boleh mengeluarkan bunyi ketika dimainkan.

Kampung serusup ini didiami oleh masyarakat bajau iaitu salah satu penduduk asli sabah.Suatu masa dahulu penduduk kampun ini mengunakan sungai dan sampan atau perahu sebagai alat perhubungan yang amat penting kerana ketika itu tidak ada jalan raya seperti yang ada sekarang ini.Keadaan dan suasanan telah mengalami banyak perubahan terutamanya ketika kita sudah mencapai zaman kemerdekaan.Pihak kerajaan telah mengambil berat terhadap kehidupan rakyatnya dan telah membina kemudahan-kemudahan asas yang amat diperlukan oleh masyarakat kampung seperti bekalan elektrik,paip air,jalan raya,klinik kesihatan dan kemudahan asas yang lain.





SEJARAH PEMBUKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERUSUP TUARAN


Sekolah ini telah mula di buka dan memulakan fungsinya sebagai gedung ilmu pada tahun 1959.Dibina dengan semagat kerjasama dikalangan masyarakat kampung terutamanya pemimpin masyarakat di kampung serusup.Berkat dan usaha yang kuat dikalangan masyarakatnya maka wujudlah sebuah sekolah yang beratapkan daun nipah dan didirikan di tepi sungai sulaman.Sekolah ini dikenali dengan NATIVE VOLUNTARY SCHOOL(NVS).

Pada tahun 1960, bagunan sekolah ini dipindahkan dan didirikan di tapak masjid yang lama .Bangunan ini juga dibuat dari atap daun nipah dan berdindingkan buluh.Pada tahun yang sama sekolah ini juga telah diambilalih sepenuhnya oleh kerajaan dan mula dikenali dengan GOVERMENT PRIMARY SCHOOL(GPS) SERUSUP sehinggalah tahun 1962.

Pada tahun 1962 sekali lagi bagunan sekolah ini berpindah dan dibina di tapak padang sekolah sekarang.Pada mulanya sekolah ini berdindingkan kadboard,oleh kerana peredaran masa serta keperluan masyarakat banyak penubahsuaian telah dilakukan pada bangunan sekolah ini.

Pada tahun 1970 kerajaan telah membina sebuah bangunan yang beratapkan zink dan berdindingkan kayu berlantaikan simen , memandangkan pertambahan murid di sekolah ini kerajaan juga telah membina dua blog bangunan sekolah(perojek kilat) dalam tahun 1980.

Pada tahun 1989 sekolah ini terpaksa mengadakan kelas pada sebelah petang kerana tidak dapat menampung penambahan murid.

Pada tahun 1993 sebuah lagi projek kilat telah diperuntukkan untuk membina bangunan yang memuatkan  tiga buah kelas.Pada tahun yang sama sebuah bilik pemulihan khas telah dibuat dan diubahsuai keluasanya dan semua perbelanjaan ini telah ditanggung oleh kerajaan persekutuan atas inisiati PIBG sekolah ini

Pada tahun 2010 sekali lagi sekolah ini telah mendapat peruntukan bangunan baru yang beratapkan gentin belantaikan konkrit dan dindign konkrit bagunan baru ini mempunya 4 blok 2 tingkat .Bangunan ini telah dibuat ditapak padang sekolah lama dan dijangka pada tahun 2013 akan diguna sepenuhnya.

GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DI SEKOLAH INI

  1. JUMAR BAYAK                                         1959-1963
  2. MUNSING YONG KOLOHONG             1964-1967
  3. ABD.HAMID MATERANG                        1967-1969
  4. TANJONG LAPAK                                     1969-1989
  5. HJ ALI AKHBAR KAWI                             1989-1991
  6. BEND HJ JUMIN                                         1992-2006
  7. HJ SHAMSUNI                                             2006-2008
  8. ABD MALIK JAPARUDIN                           2008-2010
  9. HJ ADIAH ABU BAKAR                              2010-2012
  10. ROSNIH HJ LAUDIN                                    2012-SEKARANG






No comments:

Post a Comment